Momentum Internet Sdn Bhd

  • No. 288 Tingkat 1, Jalan Lambak, 86000 Kluang, Johor View on Map
  • Social Links:

Overview

  • Founded Date 07/02/2014
  • Posted Jobs 2
  • Viewed 155
  • SSM Registration Number 201401003925 (1079998-A)
  • Industry Sales/Marketing

Company Description

Momentum Internet Sdn Bhd adalah salah sebuah syarikat yang terlibat dalam bidang perniagaan perundingan pemasaran digital. Ia telah ditubuhkan pada 07 Februari 2014 dan di asaskan oleh Mohd Najib Bin Asaddok selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Dengan pengalaman beliau dalam pemasaran dalam talian lebih 10 tahun, perniagaan ini diwujudkan atas dasar perjuangan Najib Asaddok untuk bimbing ramai peniaga di Malaysia untuk gunakan pemasaran dalam talian sebagai satu cara untuk tarik ribuan pelanggan. Momentum Internet juga melahirkan lebih 10 orang pelatih dalam bidang ini untuk sokong perjuangan ini dan bantu ramai peniaga di Malaysia.

Perniagaan yang dijalankan Momentum Internet sejak 2014 adalah perniagaan yang berasaskan latihan dan perunding pemasaran digital kepada peniaga.

Keutamaan kami adalah membantu peniaga menggunakan sepenuh potensi pasaran secara dalam talian (online).

Dengan penggabungan di antara teknologi dan sentuhan emosi, ia mampu melonjak naik hasil jualan sesuatu perniagaan ke tahap yang memberangsangkan.

Kami juga pernah berkolaborasi dengan beberapa syarikat korporat dan badan kerajaan untuk bantu ramai peniaga gunakan pemasaran dalam talian. Antara kolaborasi yang pernah kami lakukan bersama adalah Unifi by Telekom Malaysia, MARA, INSKEN,SME Corp, SenangPay, Maxis Business, Omnia USB by Media Prima Omnia dan Bengkel Online E-Keusahawanan Johor (Boek) by Kerajaan Negeri Johor