PUSAT PENGAJIAN DIPLOMA UTHM

  • Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, KM1 Jalan Panchor, 84600 Pagoh, Johor, Malaysia. View on Map
  • Social Links:

Overview

  • Founded Date 20/09/2021
  • Posted Jobs 0
  • Viewed 115
  • Industry Education/Training

Company Description

Pusat Pengajian Diploma atau Centre for Diploma Studies telah secara rasminya ditubuhkan pada tanggal 4 November 2009, setelah mendapat kelulusan dari Senat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Penubuhannya juga telah mendapat kelulusan Lembaga Pengarah Universiti yang bersidang pada 12 November 2009. CeDS diterajui oleh Dekan dan dibantu oleh tiga Timbalan Dekan serta lima orang Ketua Jabatan. Pewujudan CeDS sebagai salah sebuah pusat tanggungjawab di UTHM akan menjadi pemangkin kepada pengukuhan dan pemantapan penawaran, dan pengendalian semua program-program diploma di UTHM. Penubuhan CeDS juga akan memberi satu pengiktirafan kepada program-program diploma sebagai program berdaya saing dan bukan dianggap sebagai program-program kelas kedua. Rasionalnya, penubuhan CeDS akan berupaya melonjakkan program-program diploma UTHM, di samping menyediakan peluang yang lebih terbuka bagi para pelajar menyambung pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan seterusnya memenuhi aspirasi negara dalam meningkatkan jumlah modal insan kelas pertama.