SHAZASS METAL EMPIRE SDN BHD

  • NO 59A, JALAN PULAI BESTARI 1, BANDAR BARU KANGKAR PULAI, 81300 SKUDAI JOHOR View on Map
  • Social Links:

Overview

  • Posted Jobs 1
  • Viewed 27
  • SSM Registration Number 1408480-T
  • Industry Building/Construction

Company Description

Shazass Metal Empire adalah sebuah syarikat Sendirian Berhad milik penuh bumiputera. Mula beroperasi pada 8 mac 2021 di mana syarikat ini telah menaiktaraf dari sebuah perniagaan milikan tunggal (ZS TRADING 003142502-V) kepada syarikat sendrian berhad.

Syarikat ini telah menyewa sebuah premis yang beralamat di Blok F G18, Jalan Pulai Jaya 1/3, Bandar Pulai Jaya, Skudai  manakala Pejabat Urusan pula beralamat di No 59A, Jalan Pulai Bestari 1, Bandar Baru Kangkar Pulai.

Pemilihan lokasi ini sejajar dengan pertumbuhan pesat di dalam sektor pembinaan perumahan di Skudai Johor Bahru.

Aktiviti utama syarikat ini pada peringkat awal ialah memberi fokus terhadap kerja kerja fabrikasi, pemasangan dan peralatan berasaskan logam untuk rumah kediaman seperti loteng, jeriji keselamatan, pagar, bumbung dan sebagainya.

Sehingga kini, syarika sedang mendapatkan tempahan yang memuaskan daripada orang ramai di sekitar Skudai, Johor Bahru, Gelang Patah, Pasir Gudang dan kawasan setempat.

Di samping itu, syarikat kami juga telah mendapat kepercayaan beberapa syarikat swasta dengan melantik kami sebagai sub-kontraktor untuk melaksanakan kerja-kerja berkaitan.

Strategi jangka panjang syarikat ini untuk turut terlibat secara aktif dalam kerja kerja awam termasuk mendapatkan kontrak kontrak kerajaan.

Untuk tujuan itu, sebagai langkah permulaan pihak kami ialah dengan memperolehi kelulusan pendaftaran sebagai kontraktor dengan CIDB dibawah Gred G2 serta untuk mendapatkan kelulusan sebagai pembekal dengan Kementerian Kewangan.

Adalah cita-cita dan iltizam syarikat kami untuk terus berkembang maju sebagai kontraktor dan pembekal yang berwibawa dalam masa terdekat seterusnya menyumbang ke arah pembangunan ekonomi negara

Active Jobs From SHAZASS METAL EMPIRE SDN BHD